PENGAJIAN MALAYSIA PERKEMBANGAN SEMANGAT NASIONALISME MALAYSIA.
Pengenalan:
Perkembangan semangat nasionalisme bermula dengan Orang Melayu di Malaysia. Di Malaysia telah dijajah oleh kuasa asing dan mengambil ahli seluruh sistem di Malaysia pada masa itu. Akhirnya,orang melayu telah bermula dan di sana banyak jasa-jasa telah ditanam oleh orang melayu untuk mengambil balik hak-hak mereka dengan pelbagai aktiviti diwujudkan pada masa itu.Dan pelbagai cabaran telah berlaku sehingga Orang Melayu diketepikan disebabkan rampasan kuasa asing sampai memyebabkan kematian namun Orang Melayu bangkit memperjuangkan maruah diri untuk selamatkan Malaysia yang tercinta ini sehingga meraka dapat mengisytiharkan Malaysia telah merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957.
Definisi:
Gagasan 1Malaysia yang berkata dari YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak "kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpula etnik dalam negara kita.
Ini bukannya bererti kita mengetepikan dasar 1 Malaysia, untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan secara adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada secara bertindak dalam tembok tenik yang kita amalkan sejak sekian lama".
Bentuk Nasionalisme Malaysia:
1. Bentuk Nasionalisme ialah budaya nasionalisme dimana negara memperolehi kebenaran politik dari budaya bersama dan bukannya sifat keturunan seperti warna kulit dan sebagainya.Walaubagaimanapun, penjelasan ini dapat memudahkan kepada penerokai bagi generasi muda dapat mengetahui perkembangan semangat nasionalisme di Malaysia. Antara contoh-contoh perkembangan di Malaysia ialah daya permikiran seluruh penduduk di Malaysia boleh tahan kerana segala cabaran dapat diatasi seperti penceroboh dimana sabah telah di cerobohi oleh tentera sulu sehingga pahlawan kita ditembak mati tetapi tidak semudah itu dapat dikalahkan kerana tentera Malaysia begitu teguh dan tabah umtuk mencari jalan bagaimana menjatuhkan musuh akhirnya penceroboh-penceroboh menyerah kalah.
Gerakan Nasionalisme Bersenjata:
2. Gerakan bersenjata ini berkait dengan pengertian semangat nasionalisme dengan sebarang
penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa asing. Dari situ, perkembangan
semangat nasionalisme di Malaysia boleh dimulai oleh orang Melayu
Melaka menentang kuasa-kuasa asing yang cuba menjajah mereka seperti kuasa
Portugis, Belanda dan British.Seterusnya, di Malaysia telah berlaku nasionalisme bersenjata apabila sebelum menjadi negara Malaysia sudahpun terjadinya perangan dimana dijajah oleh Jepun. Apabila Jepun menyerang dalam masa singkat tetapi impaknya begitu menyakitkan dan menyedihkan apabila pendudukan Malaysia sangat susah dan kebuluran kerana Jepun sangat kejam dan tiada perikemanusian.
Tantangan-Tantangan Dalam Mewujudkan Perpaduan Di Malaysia.
3.Aspek Sosial:
Aspek sosial, tantangan-tantangan ialah ketahapan kefahaman yang rendah tentang cara hidup dan masalah-masalah kaum-kaum masing-masing dan ini menyebabkan tiadanya rasa hormat diantara kaum yang lain.Selain itu, pemikiran kaum yang kurang memuaskan dan ini menyebabkan semangat pertahanan cepat pudar dan senang di cerobohi.
Aspek Agama:
Aspek agama, antara tantangan-tantangannya ialah kebanyakan sekarang di Malaysia yang beragama Islam dan banyak hal-hal telah berlaku seperti yang beragam islam tidak menunaikan solat ini menyebakan tiada keberkatan kerana hal ini patut dititik berat kerana untuk membentuk negara yang makmur dan damai kita patut sentiasa memberkat dari yang esa supaya negara ini sentiasa dijaga dan baik untuk persediaan pada masa akan datang.
Perkembangan sistem pendidikan:
4. Dalam perkembagan sistem pendidikan pula, Orang Melayu melahirkan golongan intelek yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya.Selain itu, menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan dari kuasa asing.
Mereka patut menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka. Akhir sekali, mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan.
Sistem pendidikan ini sepatutnya boleh dibuat diperingkat persekolahan kerana mereka patut mengajar, mendidik dan mempraktikkan murid-murid.
Golongan Menengah Melayu:
5. Golongan Menengah Melayu pula terdapat tokoh-tokoh yang memperjuangkan maruah diri semasa perkembangan nasionalisme berlaku. Terutamanya, ialah MPSI seperti Harun Amminurashid,
Abdul Hadi Husin, Ibrahim Yaakub, Abdul Ghafar Baba, Senu Ab. Rahman, Syed
Nasir, Pak Sako, Buyong Adil, dan juga pelatih-pelatih perguruan di
maktab. Mereka merupakan tokoh terpenting yang mempunyai kesedaran yang cukup tinggi mengenai
nasib dan masa depan bangsa dan tanah air. Akhir sekali, institut terulung ini sangat membantu dalam perkembangan nasionalisme di Malaysia oleh kerana "Sudah terang lagi bersuluh" pemimpin-pemimpin ini dapat menjayakan daya pemikiran penduduk di Malaysia.
Kesimpulan:
Secara umumnya, negara Malaysia berkembang secara beransur-ansur dari segi pembentukan. Ini kerana, pelbagai faktor-faktor menyebabkan perkembangan perlahan seperti dijajah oleh kuasa asing, sumber hasil diambil, pemikiran orang melayu belum dapat berfikir lebih matang dan pemikiran yang menjangkau lebih panjang pada masa itu. Dalam masa pembentukan malaysia disitu bermulanya pelbagai gerakan seperti KMM dan seterusnya UMNO yang tidak ketinggalan turut memperjuang dan dapat membentuk sabah, sarawak menjadi sebuah negara Malaysia. Dan hari ini, negara Malaysia menjadi sebuah negara yang makmur,aman damai dan, tenteram. Sebagai tanda terima kasih kepada pemimpin-pemimpin yang bersusah payah lahirkan generasi yang bijaksana kita patut menyambut beramai-ramai dengan mengkibarkan bendera Malaysia pada Hari Kemerdekaan setiap tahun. Selain itu, Membuat puisi di kalangan pelajar tidak kita sekolah menengah, sekolah rendah atau ipta ini dapt melahirkan generasi muda untuk terus menyemarak semangat nasionalisme di Malaysia.
Sekian, Dari kumpulan 5.
Kevin N.
Gery Gideon D
Dean Leon B.
Rolandy S.
Princehero A.
Emmanuel J.


No comments:
Post a Comment